Saturday, January 28, 2017

Jom zikir

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian mengenai zikir. Saya teringat mengenai zikir yang saya dengar sewaktu menonton rancangan tanyalah Ustazah di tv9.

Salah satu cara untuk dekat dengan Allah adalah melalui zikir. Dan saya nak kongsikan dan juga sebagai reminder untuk saya apa yang saya dapat hari ni. Kadang kala jika kita dengar tanpa mencatat atau tulis balik, kita akan cepat lupa. Jadi blog ni boleh jd reminder juga untuk saya. Apa yang dikongsikan oleh ustazah hari ni adalah mengenai zikir yang paling baik. Yang mana jika dibandingkan timbangan zikir ini dengan 7 petala langit, maka zikir ini lebih berat timbangannya. Apakah zikir itu?.  Zikir yang paling baik ialah 'La Ila Ha IllaAllah'. Tips dari ustazah juga kita boleh berzikir tanpa mengira menggunakan tasbih iaitu dengan hanya berzikir La Ila Ha IllaAllah lebih kurang 4 minit kita dah zikir 100x. Untuk zikir 1000x perlukan masa 40 minit. And xsemestinya kena terus zikir selama 40 minit. Mgkin boleh zikir 5 atau 10 minit setiap kali dan cukupkan 40minit setiap hari. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua

Waktu yang baik untuk dekat dengan Allah ialah sebelum tidur, jadi perbanyakkan zikir kepada Allah sebelum tidur. Jadi perbanyak zikir sebelum tidur.

Lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah juga ialah cara untuk khusyuk semasa solat. Salah satunya ialah niatkan sebelum solat bahawasanya solat kita bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Semoga apa yang saya kongsikan disini akan memberi manfaat kepada saya dan kita semua. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment