Friday, January 27, 2017

Peranan ZINK dalam badan

Assalamulaikum.

Hari ni saya nak fokuskan kepada satu mineral yang jarang diperkatakan tetapi fungsinya amat penting untuk kesihatan badan. Iaitu ZINK.

Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Dan zink paling banyak terdapat pada sel di otot dan juga tulang. Zink berperanan sebagai "cofactor" iaitu elemen yang berkerjasama dengan enzim untuk merangsang tindak balas kimia.

Zink terlibat dalam pelbagai proses metabolik dalam badan termasuklah:

- Metabolisma karbohidrat
- Metabolisma alkohol di hati ( bagi individu yang mengambil alkohol).
- Membantu menyediakan genetik material bagi DNA dan RNA.
- Merangsang pengeluaran vitamin A.
- Terlibat dalam proses sinthesis protein.
- Menstabilkan membran sel.
- Melawan radikal bebas dalam badan.
- Terlibat dalam pembuatan, penyimpanan, pengeluaran hormon insulin di pankreas.
-  Membantu menyembuhkan luka.
- Membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Pengambilan zink yang mencukupi amat penting terutamanya bagi kanak- kanak untuk tumbesaran mereka. Selain itu kekurangan Zink akan mengganggu sistem penyernaan dan penyerapan nutrien, mengganggu metabolisma vitamin A, melemahkan sistem imun badan. Kekurangan zink yang kronik pula boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf.

Sumber makanan yang kaya dengan zink ialah makanan tinggi protein seperti daging, kerang, susu, cheese. Selain itu, produk kekacang dan juga produk bijirin penuh juga merupakan sumber zink yang bagus. Zink juga terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti brokoli, lobak merah, tomato, pisang, oren, strawberi dan tembikai.

Selain daripada sumber makanan, pengambilan suppelem juga membantu anda untuk mendapat keperluan zink yang mencukupi untuk mengoptimumkan fungsinya dalam badan. Shaklee telah mengeluarkan supplemen zink iaitu Zink Complex. Ia dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang. Selain itu, Zink Complex daripada Shaklee juga diperbuat dengan formula berasaskan sayur sayuran.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Zink Complex ini dan juga pelbagai produk Shaklee yang lain.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

No comments:

Post a Comment