Wednesday, January 4, 2017

Kalsium dan Apa Kelebihan Osteomatrik

Assalamualaikum.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia ( UPM) dan Universiti Otago New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang dari 50% jumlah kalsium yang disarankan. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis.

Berapakah saranan pengambilan kalsium?

Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) malaysia 2005 menyatakan bahawa keperluan kalsium bagi dewasa ialah 800mg sehari. Ianya berbeza bagi orang tua, wanita mengandung, wanita menyusu yang mana keperluan mereka lebih tinggi iaitu 1000mg.

Apakah peranan kalsium?

Kalsium memainkan peranan mengekalkan struktur dan "rigidity" tulang. Ini kerana 99% kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang.

Akibat kekurangan kalsium

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang hilang ketumpatan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan yang tidak menunjukkan simptom atau tanda2 awal yang mana badan tidak menunjukkan tanda atau signal yang menunjukkan tulang kehilangan kalsium. Sampel darah juga mungkin tidak menunjukkan sebarang petunjuk awal kerana kemungkinan besar keputusan ujian darah menunjukkan aras kalsium normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan "hypocalcaemia" iaitu kandungan kalsium dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kejang dan kebas pada tangan dan kaki dan juga badan mungkin terasa sakit dan lenguh.

Selain itu, antara tanda kekurangan kalsium yang lain ialah kerap sakit gigi, gusi berdarah, tumit kaki pecah dan sakit, kuku rapuh, kebas kaki dan tangan, kejang otot dan juga rambut dan kulit kasar dan kering.

Makanan sumber kalsium

Sumber kalsium yang utama adalah susu iaitu satu gelas susu membekalkan lebih kurang 300mg kalsium. Selain itu, kekacang seperti dhal juga tinggi kalsium selain sayuran seperti kailan,brokoli,  bayam. Fakta yang menarik juga ialah budu, cencaluk, belacan juga antara makanan yang tinggi kalsium. Namun begitu pengambilan budu, cencaluk dan belacan bukanlah dalam kuantiti yang banyak kebiasaanya. Produk tenusu seperti yogurt dan cheese juga tinggi kandungan kalsiumnya. Begitu juga dengan pelbagai produk di pasaran kini yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin, sardin dalam tin dan juga whole meal bread.

Suplemen untuk meningkatkan pengambilan kalsium

Ostematrik daripada Shaklee boleh membantu meningkatkan pengambilan kalsium disamping membekalkan nutrien - nutrien lain. Antara nutrien yang terdapat dalam Ostematrik:

Kalsium
Kalsiumnya daripada sumber semulajadi yang mudah diserap

Vitamin D
Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan juga mengatasi masalah periodontal ( gigi)

Magnesium
Magnesium membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Selain itu, magnesium juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim, menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata serta memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus.

Zink, mangan, kuprum, boron
Kesemua mineral ini membantu metabolisma tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Gabungan kesemua nutrien- nutrien ini membantu lagi anda mendapatkan tulang yang sihat dan pelbagai manfaat lain.

Kelebihan dan manfaat Ostematrik
1- Membantu pembentukan tulang yang sihat.
2- Mengurangkan risiko osteoporosis
3- Memulihkan kebas dan kejang pada tangan dan kaki.
4- Membantu mengurangkan stress.
5- Mengatasi masalah haid dan mengurangkan sakit ketika haid.
6- Membantu masalah gastrik.
7- Membantu masalah migrain.
8- Mengurangkan risiko sakit jantung.
9- Melegakan sakit sendi.
10- Membantu masalah sembelit.
11- Membantu melembutkan najis.
12- membantu masalah tumit kaki pecah dan sakit.
13- Menstabilkan tekanan darah.
14-Membantu masalah buasir.

Banyak kan manfaat Ostematrik? Anda nak dapatkan produk hebat ini? Boleh hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment