Sunday, January 29, 2017

Pelbagai kelebihan vitamin B Complex

Assalamualaikum

Satu lagi vitamin yang ingin saya kongsikan ialah Vitamin B. Vitamin B merupakan vitamin yang larut air. Secara keseluruhan  Vitamin B membantu badan untuk menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat, lemak dan protein. Selain itu, ia juga berperanan membantu enzim untuk dalam proses menghasilkan tenaga daripada makanan. Peranan lain bagi vitamin B juga ialah terlibat dalam proses pelbagai metabolisma badan untuk memastikan fungsi badan pada tahap yang optimum.

Vitamin B terdiri daripada vitamin B1 ( Thiamin), vitamin B2 ( Riboflavin), vitamin B3 ( Niacin ), vitamin B6, vitamin B 12. Setiap satu vitamin B fungsi yang tersendiri.

Vitamin B1 ( Thiamin)

Thiamin membantu dalam metabolisma tenaga dan juga terlibat dalam proses pada sistem saraf termasuklah tisu sel dan otot-otot yang terdapat padanya.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Riboflavin membantu dalam tindakan enzim terutamanya membekalkan tenaga daripada nutrien yang didapati daripada makanan ke seluruh sel badan. Selain itu, ia juga membantu metabolisma tenaga.

Vitamin B3 ( Niacin)

Fungsi utama Niacin ialah membantu metabolisma glukosa, lemak dan juga alkohol.

Vitamin B6

Peranan utama B6 ialah digunakan dalam metabolisma asid amino dan juga asid lemak selain terlibat dalam pembentukan sel darah merah.

Vitamin B12

Vitamin B12 terlibat dalam proses pembentukan sel-sel baru, membantu mengekalkan sel saraf dan juga membantu proses pemecahan sesetengah asid lemak dan asid amino.

Suplemen Vitamin  B

Pentingkan peranan pelbagai Vitamin B ini. Jadi adakah pengambilan Vitamin B anda mencukupi?  Tahu tak, tekanan atau stress juga boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Dan bila sebut stress, semua orang mengalaminya. Jadi pengambilan suplemen vitamin B amat digalakkan.

Suplemen Vitamin B daripada Shaklee dikenali sebagai B Complex. Ia diperkaya dengan folik asid. Folik asid membantu dalam proses penghasilan DNA dan juga pembangunan sel-sel baru.

Perbezaan suplemen Vitamin B daripada Shaklee.

Shaklee sentiasa menghasilkan produk yang terbaik untuk memastikan produk yang dihasilkan sentiasa selamat dan berkesan untuk diamalkan.

B Complex yang dikeluarkan oleh Shaklee dilengkapi sistem pengangkutan nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

oleh kerana sebab-sebab yang saya nyatakan diatas dan juga gabungan vitamin kesemua Vitamin B dan asid folik memberi banyak kelebihan kepada anda yang menjadikan B Complex daripada Shaklee sebagai suplemen harian. Antara kelebihannya:

* Membantu menghasil tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein. Seterunsy menjadikan badan sentiasa bertenaga dan cergas.

* Mengelakkan penyakit Beri-Beri.

* Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

* Diperlukan bagi kesihatan mata, kulit,kuku dan rambut.

* Penting untuk mengekalkan fungsi sistem saraf.

* Menguatkan antibodi dan sistem imun badan.

* Mencegah Anemia.

* Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

* Diperlukan untuk memproses dan menperbaiki sel darah merah.

* Diperlukan untuk aktiviti sel genetik.

Banyak kan fungsi B Complex ini. Ia sesuai untuk semua terutamanya untuk anda yang mementingkan gaya hidup sihat. Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk ini dan juga pelbagai produk daripada Shaklee yang lain.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

No comments:

Post a Comment