Wednesday, January 4, 2017

Cara Mengawal Nafsu Makan

Assalamualaikum.

Anda ingin kuruskan badan tapi selalu gagal kawal nafsu makan. Nak makan sedikit tapi selalu termakan banyak? Ada cara tau untuk kita kawal nafsu makan. Anda boleh cuba. Mungkin ia akan membantu anda mengawal nafsu makan. Seterusnya mengawal pengambilan kalori seharian dan hasilnya ialah berat badan idaman anda akan tercapai.

1-  Makan dan kunyah dengan perlahan.

2- Ambil lebih banyak buah dan sayur. Buah dan sayur mengandungi serat yang membantu anda rasa kenyang.

3- Jangan makan depan TV.
Tabiat makan depan Tv menyebabkan anda tak sedar anda mungkin telah terlebih makan terutama sekali jajan.

4- Jangan 'skip' makan
Sekiranya anda 'skip' makan untuk satu masa makan, anda akan terdorong untuk makan lebih banyak pada masa makan yang seterusnya.

5- Makan dengan pinggan yang lebih kecil.
Makan dalam pinggan kecil akan memberi ilusi makanan itu lebih banyak.

No comments:

Post a Comment